Tuesday, November 10, 2009

menerima kenyataan memang pahit.

Oh Tuhan, aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. hanya Kau aje yang tahu.. aku rasa takut, tertanya- tanya dan jujur, tak berpuas hati tapi siapa aku untuk menpersoalkan ape yang kau takdirkan padaku. semua dah tersurat di luh mahfuz bahawa takdir aku begini bukan?

sepatutnya aku bersyukur kerana sekurang kurangnya selama 19 tahun aku hidup aku masih mampu berjalan dan berlari,tanpa menyusahkan orang lain, tanpa perlu menjadi liabiliti pada orang lain. aku insan kerdil tuhan.. aku sangat takut dan lemah.. sangat sangat takut..
aku tahu tika aku menaip luahan hati ini Kau ada melihat Aku kerana Kau tak pernah tidur atau melupakan Aku.. tapi menerima kenyataan yang aku bukan seperti orang lain itu pahit Ya Allah... setiap patah Dr Azhar tersemat kukuh dalam sanubari aku...

puas aku cuba pujuk hati sendiri, tapi, aku tak berjaya.. siapa aku untuk menghalang takdirku..

aku tak bersedia untuk mati.. aku takut untuk mati kerna aku tahu dosa yang aku tanggung dan galas sangat besar.. aku juga tidak mahu mewariskan genetik ini pada keturunanku. aku tak mahu suatu hari nanti anak- anak aku rasa apa yang aku rasa...apa yang aku pernah lalui..

aku tahu hidup tak semestinya indah .. kadang - kadang aku menangis ,ku seringkali aku kecewa kerana tak dapat apa yang aku hajati.. tapi aku percaya ya Allah, sekurang- kurangnya Kau masih izinkan aku hidup, hingga ke saat ini.. hidup sebagai manusia yang bernama aku..
kau masih izinkan aku bernafas, merasai teriknya matahari, merasai dinginya hujan, tertawa bersama rakan- rakan dan mereka yang kau hadirkan dalam hidup aku yang begitu menyayangi aku..
terima kasih untuk itu Tuhan

maka dengan itu ya Allah, jangan Kau golongkan aku sebagai orang yang kufur yang mempersoalkan apa yang Kau tentukan buat aku,, orang yang kufur yang tak tahu apa erti bersyukur.. redhakanlah hatiku Ya Allah..

aku tahu Kau sayang pada aku.... amin

0 comments:

Post a Comment